BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 7, 2011

bunga yang menenangkan

tanpa kita sedar alam ini memang indah
dengan seribu satu cerita dan ilham


kekadang bila dilanda masalah, buntu. alam ni bila kita tenung lama ada baiknya ada manfaatnya.





beri kita semangat, inspirasi, tenangkan jiwa dan memuji yang Esa.





kekadang bila diri dilanda masalah, kita intai balik alam ni, Allah ciptakan keindahan yang boleh buatkan kita berfikir siapa kita.


salah satu darinya ialah bunga.


ada kalanya kita buat tak endah bunga2 kecik tepi jalan, kita pijak. tapi itulah yang kita tenung bila diri termenung dibelenggu masalah dan beri inspirasi bila idea kering ....







































































Wednesday, November 17, 2010

Maysaa,Hana dan trend fashion Malaysia



sudah lama minat dengan designer sorang ni. fashion yang simple tapi penuh gaya dan identiti yang tersendiri.. Hana Tajima Simpson


antara yang menjadi idaman dah tentulah ... head scaft dan abaya rekaannya.


kini di Malaysia, kita boleh lihat yuna sebagai contoh terbaik yang ada style seperti dia ni..they all ni pun ada link each other.


ini nyata nya,fesyen muslimah tidah terhad pada abaya hitam dan tudung labuh sahaja tapi juga boleh juga diselitkan ada elemen chic and funky tapi masih kekal beradab dan sopan.


for me... i like this style...lace scaft


n this.. arabic




n this... chic and sweet



combination yang unik tapi masih kena tutup aurat la kan..
picture credit to goggle and for more info about Hana and Mysaa clik www.maysaa.com















































Thursday, August 12, 2010

Batang Buruk dan Kuih Koye Muar





























kuih ni original from muar, made by mak saya home made and hand made.

BATANG BURUK
saya gelar kuih limited edition. coz preparation nak buat kuih ni memang leceh, perlu 2-3 bulan before puasa untuk pastikan kualiti yang terbaik. ade 2 jenis batang buruk iaitu kacang tanah dan kacang hijau. sebelah utara dan pantai timur popular dengan kacang tanah sebelah selatan popular dengan batang buruk kacang hijau. Yang saya jual dari jenis kacang hijau, rasanye lebih lemak dan tahan lebih lama.
Permulaan tepung di uli dan digulung dengan buluh khas, digoreng dan di tos. kemudian disimpan di tempat yang bersih dan kedap. seterusnya perlu sentiasa mengganti lapisan kertas yang melindunginya (part ni paling leceh - dari kecil sampai besar mcm nk nangis buat benda ni).
Seterusnya perlu sediakan adunan tepung kacang hijau resepi mak dan di sumbat ke dalam kulit bantang buruk tadi.


KUIH KOYE
Kuih ni paling natural. made from kacang hijau juga. kaang hijau tanpa kulit disangai (goreng tanpa minyak) sehingga mak puas hati. then di hantar untuk dikisar menjadi tepung seterusnya diembun.
Tapi paling istimewa di embunkan (use mist) kekadang sehingga beberapa hari diembun untuk dapat kualiti dan rasa yang terbaik. pernah jadi kes kami tertidur tunggu embun, ujan yang turun maka menangis la mak huhuhu. tapi esok dia buat lagi banyak dan hampir semua ahli keluarga berjaga malam takut ujan lagi. Ada sesetengah orang guna semburan air (terpulang pada individu).
Seterusnya, adunan tepung kacang hijau dan bahan lain di tekan ke dalam acuan khas(biasanya bentuk bunga semulajadi) dan diketuk untuk keluarkan kuih.
Kemudian di jemur di bawah matahari, juga perlu masa dan cuaca yang sangat2 rigit, jika tidak akan keras lah kuih ini (tahap ni mak x puas hati dia x nak jual)

nampak mudah tapi.... sangat detail dan tak boleh silap.

untuk semua proses di atas harga yang ditawar adalah sangat reasonable:-
BATANG BURUK 500GM ~RM10
(ade orang jual 450gm for RM15)

KUIH KOYE(ada juga orang panggil putu kacang hijau) ~ RM12
(anggaran dalam 60-70 keping bergantung kepada jenis bunga acuan)
harga tidak termasuk kos penghantaran.
untuk keterangan lanjut sila email gerobokayu@yahoo.com

Thursday, May 13, 2010

Tempahan Baju

Di sini disediakan tempahan bagi baju kurung, kebaya dan baju melayu secara online.
- kos adalah amat berpatutan.
- kos penghantaran adalah di bawah tangungan pelanggan.
- harga jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur dan Johor Baharu dan butik2 di kawasan sewaktu dengannya.
- Jahit manik juga disediakan bergantung kepada patern.
- jahitan adalah kualiti yang hampir sama dengan butik ( coz tukang jahit berpengalaman).
- Penghantaran melalui pos laju/ ekspress (bergantung pada pelanggan)


5 simple step:
1)Pelanggan perlu sediakan ukuran baju/ badan sendiri. ( kami tidak menanggung sebarang kerosakan/ perubahan hehehe coz baju sampai cutting badan dah lari)
2)sebarang perubahan perlu inform seawal 3 hari dari tarikh baju dihantar.
3) tarikh siap 2 minggu dari tarik penghantaran. (tetap)
4) Bank-in duit ke akaun yang disediakan.
5) hantar butiran nama, alamat, tarikh dan waktu bank-in dan tarikh delivery.